Buku ini adalah manifestasi kerinduan seorang anak terhadap ayah. Ianya menghimpunkan catatan mengenai ayah penulis. Permulaan kisah bagaimana ayah penulis diberitahu doktor bahawa dirinya mengalami kegagalan buah pinggang tahap akhir (End Stage Renal Failure, ESRF). Bagaimana kehidupan ayah penulis dan keluarganya berubah dengan kehadiran penyakit ESRF. Buku ini turut memuatkan kenangan penulis sewaktu membesar bersama ayah. Bagaimana penyakit ayah telah menjadi titik tolak kepada penulis untuk menceburkan diri dalam bidang perubatan. Buku ini adalah catatan penulis berkenaan ayahnya tetapi kita semua mempunyai orang tua yang menyayangi kita dan mungkin anda boleh menemui diri sendiri sewaktu membaca buku ini.